Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Aug 22 2009, 09:58 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 11
RAMAI yang ingin tahu lagi mengenai keadaan jasad Datuk Mazlan Idris yang ditemui di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993. Ada yang pandai buat andaian sendiri. Macam penyiasat persendirian. Aku tak mahu cerita panjang kerana keterangan dalam mahkamah tidak boleh dimanupulasi. Ia mesti tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan pada orang awam. Nak cerita panjang lebar, takut tersilap fakta pula. Jadi aku turunkan petikan keterangan Dr Abduk Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur. Dr Abdul Rahman disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam ZAKARIA: Pada 22 Julai 1993, kira-kira jam 3.20 pagi adakah Dr terima panggilan daripada polis? DR RAHMAN: Ada. HAKIM: Daripada siapa? DR RAHMAN: (Timbalan Penguasa) TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad). ZAKARIA: Apa pesanannya? DR RAHMAN: Dia memberitahu supaya bertolak ke Balai Polis Raub dan seterusnya ke tempat kejadian (rumah tak bernombor, Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub), di mana satu jasad ditemui. ZAKARIA: Pukul berapa bertolak ke Raub? DR RAHMAN: Bertolak kira-kira jam 6 pagi dan tiba kira-kira 7.20 pagi. (Dr Abdul Rahman kemudian meminta hakim untuk membuat rujukan catatannya.) ZAKARIA: Apa yang dibuat di tempat kejadian? DR RAHMAN: Saya bertemu dengan TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad); Pegawai Penyiasat Ketua Inspektor (ketika itu Penolong Penguasa) Mahpop Jaafar; Datuk Zaman Khan dan Datuk Ragib Salleh. Saya ditunjukkan satu lubang yang siap digali di rumah tidak siap. Saya melihat lubang itu telah digali dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter dengan keluasan 1.2 meter kali 1.3 meter. Ketika tiba di tempat kejadian, kerja-kerja menggali sudah dihentikan. ZAKARIA: Setelah tiba, kerja-kerja menggali di sambung semula? DR RAHMAN: Kerja disambung semula kira-kira jam 8 hingga 10 pagi. ZAKARIA: Apa yang Dr saksikan? DR RAHMAN: Kerja menggali dilakukan oleh pasukan polis hutan. Pada kedalaman kira-kira 1.6 meter jelas kelihatan dalam lubang itu bahagian belakang satu jasad manusia dan satu bahagian dari penjuru kanan ada bahagian atas kepala manusia. Saya telah turun dalam lubang itu untuk membuat anggaran kedudukan tangan dan kaki jasad itu. Proses menggali diteruskan dan saya mendapati bahawa jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki. Maksudnya terpisah. Selepas gambar diambil oleh jurugambar polis, bahagian yang terpisah itu dikeluarkan. ZAKARIA: Siapa yang keluarkan? DR RAHMAN: Saya sendiri yang angkat. Pada masa itu saya dapat melihat ada kesan luka, kesan tetakan pada leher. Kemudian saya meminta bantuan anggota polis yang masih berada di bawah untuk mengeluarkan jasad itu. Bahagian badan itu terpisah akibat proses pemotongan bahagian lengan dan pangkal paha. Dan jelas bahagian tengah abdomen ada kesan luka yang panjang. Selepas jasad dikeluarkan, proses menggali diteruskan. Pada lapisan kedua, ada bahagian paha dan ketulan daging. Pada lapisan ketiga ada tulang betis dan tulang paha serta tangan kiri. Pada lapisan keempat ada bahagian tangan kanan yang putus. Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai antaranya bahagian kepala, dada, badan, bahagian kaki dan tangan serta beberapa ketul daging. Saya telah susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya. Semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan bentuk semula jadinya dan bentuk tulang, terdiri daripada satu tubuh atau satu jasad manusia. Selepas gambar (jasad) diambil, bahagian tubuh itu dihantar ke Hospital Raub untuk saya jalankan bedah siasat. Zakaria kemudian meminta izin hakim untuk menunjukkan gambar-gambar bahagian jasad Mazlan untuk pengecaman. Hakim juga meminta supaya gambar-gambar itu diberikan kepada juri. Dr Abdul Rahman kemudian mengesahkan gambar-gambar itu. ZAKARIA: Di hospital (Raub) adakah (bekas isteri Mohd Mazlan) Datin Faridah (Zainuddin) datang membuat pengecaman mayat? DR RAHMAN: Untuk justifikasi jasad si mati, saya mendapat keterangan dengan membawa isteri untuk mengecam mayat yang dipercayai Datuk Mazlan dan sepupunya (Mohd Mazlan), Zainal Abidin Ibrahim untuk membuat pengecaman. ZAKARIA: Bolehkan Datin Faridah dan Zainal Abidin mengecamnya? DR RAHMAN: Boleh. (Faridah dan Zainal Abidin kemudian dibawa masuk ke bilik mahkamah untuk pengecaman oleh Dr Abdul Rahman. Beliau kemudian meneruskan keterangan). DR RAHMAN: Datin Faridah tiba dulu dan kemudian Zainal Abidin. Datin Faridah ditemani oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri (kini Tun) Mohd Khalil Yaakob, memasuki ruang pembedahan. Saya kemudian tunjukkan jasad yang telah dibersihkan. Saya susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya dan tutup dengan kain putih. Mula-mula saya membuka bahagian kepala dan Datin Faridah berkata ia mempunyai misai dan rambutnya yang telah dicam oleh beliau. Kemudian saya tunjukkan bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki. Ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut Datin Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya. ZAKARIA: Boleh beritahu mahkamah letak tanda itu? DR RAHMAN: Pada hujung ibu jari kanan. ZAKARIA: Adakah Zainal Abidin cam jasad itu? DR RAHMAN: Ya. ZAKARIA: Dr kata tadi, sebelum pengecaman mayat dibersihkan . Apakah pendapat Dr sebagai pakar, jasad itu boleh dicam oleh orang yang biasa melihatnya? DR RAHMAN: Ya. Selepas itu ditanya bagaimana keadaan mayat. Ceritanya agak terperinci. Potong kat mana. Apa yang ada. Apa yang hilang. Malas nak cerita panjang, kau orang tunggu aje. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 29th September 2024 - 05:07 AM |