Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Pembekal Perfume Dari Dubai Gred AAA Bagi Semua Brand Dengan Harga Paling Murah.
CAKAP.Net > Cakap Urusniaga & Kerjaya > Ruangan Urusniaga & Pengiklanan
tunetalkx
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Kami merupakan pembekal perfume branded gred AAA Sephora Dubai. Hampir semua brand kami ada. Antaranya Paco Rabanne, Polo, Ck dan Nina Ricci , Coach, Hugo Boss dan banyak lagi

Saiz dari 45ml hingga 125 ml bagi sesiapa yang ingin membuat bisnes.

Jualan mengikut botol tidak mengikut ml... (kerana kami akan bagi ml paling banyak)

Harga seperti berikut:
RM27 sebotol sekiranya order 1000 botol ke atas
RM28 sebotol sekiranya order 500 botol ke atas
RM29 sebotol sekiranya order 300 botol ke atas
RM30 sebotol sekiranya order 100 botol ke atas
RM40 sebotol sekiranya order 10 botol ke atas
RM45 sebotol sekiranya order 6-9 botol
RM50 sebotol sekiranya order 1-5 botol

Kos Penghantaran: RM3 Sebotol

Kenapa kami menjual dengan harga yang SANGAT murah dengan kuantiti yang kecil?
1. Supaya anda menanggung risiko paling kecil dan mengaut KEUNTUNGAN PALING BESAR.
2. Supaya anda dapat menandingi saingan anda dan menjadi pembekal/penjual perfume TERBESAR di kawasan anda.
3. Supaya anda dapat berniaga dengan senang hati.
4. Jika anda membeli 100 botol ke atas, anda boleh menukar perfume anda kepada jenama lain jika jenama yang anda pilih kurang mendapat sambutan. Dengan syarat, keadaan perfume mestilah dalam keadaan sempurna seperti semasa pembelian. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kerugian anda. Satu-satunya kerugian anda ialah perfume yang anda buat sampel.

Di sini kami sertakan katalog serta harga yang agen/peniaga/client kami jual kepada customer mereka.

Link katalog: [url]http://www.mediafire.com/?6cj94ga0g907mg3

Jika terdapat perfume yang anda mahu tetapi tidak terdapat dalam katalog, anda boleh nyatakan sekali dalam order anda. Ini kerana range produk kami sentiasa bertambah setiap bulan.

Jika ada, kami akan dapatkan untuk anda.

Berikut adalah POTENSI KEUNTUNGAN yang mampu anda janakan dengan produk kami.

Potensi keuntungan bagi penjualan perfume berharga RM75-80 sebotol. (student)

RM27 sebotol sekiranya order 1000 botol ke atas - RM50,000++
RM28 sebotol sekiranya order 500 botol ke atas - RM24,500++
RM29 sebotol sekiranya order 300 botol ke atas - RM14400++
RM30 sebotol sekiranya order 100 botol ke atas - RM4700++
RM40 sebotol sekiranya order 10 botol ke atas - RM350++
RM45 sebotol sekiranya order 6-9 botol - RM30 sebotol
RM50 sebotol sekiranya order 1-5 botol - RM25 sebotol

Potensi keuntungan bagi penjualan perfume berharga RM100-RM110 sebotol.(average)

RM27 sebotol sekiranya order 1000 botol ke atas - RM75,000++
RM28 sebotol sekiranya order 500 botol ke atas - RM37,000++
RM29 sebotol sekiranya order 300 botol ke atas - RM21900++
RM30 sebotol sekiranya order 100 botol ke atas - RM7200++
RM40 sebotol sekiranya order 10 botol ke atas - RM600++
RM45 sebotol sekiranya order 6-9 botol - RM55 sebotol
RM50 sebotol sekiranya order 1-5 botol - RM50 sebotol

Potensi keuntungan bagi penjualan perfume berharga RM125-RM155 sebotol.(office or commercial)

RM27 sebotol sekiranya order 1000 botol ke atas - RM100,000++
RM28 sebotol sekiranya order 500 botol ke atas - RM49,500++
RM29 sebotol sekiranya order 300 botol ke atas - RM29400++
RM30 sebotol sekiranya order 100 botol ke atas - RM9700++
RM40 sebotol sekiranya order 10 botol ke atas - RM850++
RM45 sebotol sekiranya order 6-9 botol - RM80 sebotol
RM50 sebotol sekiranya order 1-5 botol - RM75 sebotol

Berikut adalah info tentang Sephora Perfume:

1) Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100% kecuali material yang digunakan berlainan sedikit.

2) Ia sebenarnya dibungkus dan di botolkan di DUBAI tetapi pati asal perfume ini datang dari negara asal, cuma dikurangkan pati dan alkoholnya apabila dibotolkan. Oleh itu bau nya tetap sama.

3) 90% original. 10% lagi kandungan dan material yg digunakan berbeza.

4) Not long lasting as original. Lebih kurang 12 jam di aircond dan suhu bilik. Adakalanya sehingga 24jam bergantung kepada pemakai.

5) Sebenarnya ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada suhu badan, ada yang lama dan ada yang kurang oleh itu pemakaian individu adalah
berbeza ( ORI Reject atau triple AAA)

6) Jika sesiapa yang bekerja di site@luar kurang digalakkan memakai triple grade AAA,
kerana cuaca yang panas akan mengurangkan lagi bau perfume yang ada.

7) Berhati-hati kerana ada beberapa pengedar menggunakan GRADE AAA sebagai reject perfume & original. Dan kualiti Triple Grade AAA tidak sama dengan yang dijual dipasar malam RM10-RM40.

8) RECOMMENDATIONS:
* Kurang budget untuk beli original.
* Penggemar perfume dan selalu bertukar2 jenis perfume mengikut majlis.
* Sentiasa sembur perfume dan suka membawa perfume kemana2 (Perfume Pocket)
* Hadiah kepada rakan2 dan orang tersayang (guarantee mereka happy )
* Pengumpul botol dan koleksi perfume.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-2526984 atau http://durratunnisa.blogspot.com
tunetalkx
Macam mana nak tahu perfume yang kita pakai sesuai dengan kita atau tidak?


Ramai orang bertanya kepada saya bagaimana untuk tahu bagaimana untuk tahu perfume yang kita pakai sesuai dengan diri kita atau tidak. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan perfume.

Jenis kulit

Anda perlu tahu jenis kulit yang anda miliki sebelum anda tahu jenis perfume apa yang patut anda pakai. Jika kulit anda kering, lazimnya perfume yang anda pakai sama ada tidak berbau langsung atau cepat hilang baunya.

Jika kulit anda berminyak, sama ada bau terlalu kuat atau bertukar bau atau baunya juga menghilang.

Bagi jenis kulit yang kering, digalakkan anda memakai losyen sebelum anda memakai perfume. Ini kerana anda tidak mempunyai minyak dalam kulit anda untuk menahan bau minyak wangi daripada hilang. Kerana itulah bau perfume anda cepat hilang dan kurang menyerlah.

Kedua, anda digalakkan menggunakan perfume jenis EDP yang lebih kuat kerana oleh kerana kulit anda kering dan tidak mampu menahan bau perfume, EDP akan melekat lebih lama dengan anda dan baunya akan lebih "mild" dengan anda.

Bagi jenis kulit berminyak, digalakkan memilih jenis perfume EDT dalam pemakaian biasa dan hanya memakai EDP ketika ke majlis rasmi seperti prom, keluar dating, dan sebagainya. Ini disebabkan oleh kulit anda yang berminyak, ia akan menyerlahkan lagi bau perfume yang anda pakai.

Ini bermakna jika anda memakai EDT, barangkali baunya seperti EDP. Dan jika anda memakai EDP, boleh jadi baunya akan terlalu kuat untuk anda.

Sama seperti kulit kering, anda juga boleh memakai losyen dengan tujuan untuk meringankan bau perfume EDP yang anda pakai dan pada masa yang sama mengekalkan bau perfume anda dengan lebih lama.

Tempat kerja anda

Jika anda bekerja di tempat yang panas dan terik, anda digalakkan tidak memakainya kerana dikuatiri akan menyebabkan bau perfume berubah disebabkan perpeluhan anda.

Anda boleh menggunakan losyen sebagai backup jika anda tetap mahu memakainya dan anda juga boleh menyemburnya di baju anda walaupun ianya mungkin akan mengotorkan baju anda terutamanya jika ia berwarna.

Tetapi apabila kita bekerja di tempat begitu, kita terpaksa menyembur di baju kita kerana lebih baik baju kotor daripada badan berbau busuk. Baju kotor kita boleh basuh tapi bau badan busuk, semua orang mengata kita. Kadang-kadang sampai setahun pun orang masih mengata.

Jika anda bekerja di tempat yang berpenghawa dingin, digalakkan anda memakai perfume yang lembut seperti EDT kerana bau perfume lazimnya lebih menyerlah di tempat-tempat sejuk khususnya di pejabat atau bilik berpenghawa dingin.

Oleh itu, bagi sesiapa yang nak cari jodoh khususnya perempuan, pakailah perfume berbau bunga. Sangat digalakkan. Dan bagi isteri yang mahu menambat hati suami, buka air cond kuat-kuat dan pakai perfume anda. Sure menambahkan lagi keintiman dan kasih sayang antara suami dan isteri.

Suhu badan

Setiap orang mempunyai suhu kulit yang agak berbeza walaupun suhu dalam badan agak sama. Ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jenis kulit dan sebagainya.

Kerana itulah anda boleh memegang tangan kawan anda yang berada di tempat yang sama dan suhu persekitaran yang sama, tetapi apabila kita memegang tangan mereka, satu rasa sejuk dan seorang lagi rasa panas.

Jika ini berlaku, bagi anda yang mempunyai suhu badan yang panas, digalakkan anda memakai perfume EDT kerana suhu badan yang panas akan menyerlahkan lagi baunya. Malangnya bau juga akan cepat hilang.

Bagi yang bersuhu sejuk, anda digalakkan memakai perfume EDP kerana bau perfume yang anda pakai mungkin kurang menyerlah pada diri anda.

Terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi bau perfume seseorang tapi lazimnya 3 inilah yang boleh anda jadikan sebagai panduan anda dalam mencari perfume anda. Semoga anda sentiasa hidup dengan penuh keindahan.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025