Kami akan bantu anda capai perkara ini :
1 >> Fokus bukan hafal tapi faham :
Kami tidak tekankan hafal nama hukum tetapi tekankan kefahaman dan praktikal. Sebab, bila kita mampu camkan tajwid dalam Al-Quran, anda tidak perlu lagi hafal ’15 huruf ikhfa’.
2 >> Belajar hingga boleh mengajar :
Kami kongsikan ilmu tajwid tahap T.T.T : train the trainers. Maknanya, apabila habis belajar, anda mampu menjadi ’trainer’ tajwid : boleh ajar orang lain walaupun anda bukan ustaz-ustazah.
3 >> Belajar hingga nampak ’big picture’.
Kami bantu hilangkan ’lompong’ kefahaman tajwid anda. Kali ini kita tidak akan hafal ’kosong’, tapi anda faham mengapa hukum itu dinamakan, sebab ia terjadi & mengapa hurufnya dipilih.
4 >> Fokus ilmu tajwid yang digunakan sahaja.
Ilmu tajwid amat luas. Ada tajwid teori, ada tajwid praktikal. Kita fokuskan tajwid praktikal sahaja. Ilmu tajwid yang ANDA GUNA ketika baca Al-Quran.
5 >> Tiada peperiksaan.
Konsep pengajaran lebih kepada soal-jawab & praktikal berkumpulan. Disini TIADA PEPERIKSAAN. Yang ada hanyalah belajar step-by-step & latihan untuk mantapkan kefahaman.
6 >> Semua pelajar sama.
Tidak perlu ’segan’ tahap ilmu tajwid anda kerana kami anggap semua pelajar sama. Disini kita ’re-learn’. Belajar semula. Kita mula dari ’zero'kerana fokus kelas ini adalah ’restructure’ kefahaman tajwid.
Pendek kata, anda tak perlu lagi hafal 19 hukum mad kerana kefahamannya telah ’built-in’ dalam minda. Sama seperti ingatan Surah Fatihah, jika ia dah ’built-in’, kita takkan lupa hafazannya sampai bila-bila.
Info lanjut, sila ke website kami:
==> Seminar Kuasai tajwid 2016
